KU LI DIPUJUK PIMPIN UMNO

Foto by Watan-Online.com

 

UMNO mampu bangkit semula sekiranya veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah diberi mandat memimpin serta menyuntik semangat kepada seluruh parti keramat Melayu itu.

Beliau adalah satu-satunya tokoh berwibawa yang dimiliki parti UMNO dikatakan kini sedang mendapat perhatian ahli akar umbi dan kepimpinan tertinggi parti yang mahukan beliau menerajui parti itu.

Kediaman putera diraja Kelantan itu difahamkan mula dikunjungi oleh pemimpin-pemimpin UMNO peringkat bahagian , Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO bagi menyatakan sokongan.

Tengku Razaleigh yang lebih dikenali sebagai Ku Li adalah bekas Naib Presiden UMNO yang sesuai menggalas tanggungjawab memimpin UMNO dan setanding untuk memimpin UMNO bagi berdepani Tun Dr Mahathir Mohamad.

Selain memilik rekod cemerlang sewaktu memegang jawatan Menteri Kewangan bahkan Ku Li juga dilihat tiada agenda peribadi jika memimpin UMNO.

Berbeza Mahathir yang dilihat mempunyai agenda peribadi bagi memastikan legasinya termasuk anaknya mempunyai jaminan dan kedudukan selamat dalam landskap politik negara.

Bahkan suara akar umbi UMNO semakin kuat kedengaran mendesak agar Ku Li bertanding jawatan Presiden dalam pemilihan parti itu nanti.

Rata-rata ahli UMNO baik tua mahupun muda yakin dengan keupayaan Ku Li untuk memikul tanggungjawab bagi memulihkan kembali maruah parti tunjang orang Melayu,Islam itu.

Difahamkan seorang bekas Menteri Besar telah mengadakan pertemuan dengan Ku Li memohon agar kerabat Istana Kelantan itu menawarkan diri bagi memimpin UMNO.

Malah, berdasarkan rekod lalu, Ku Li mempunyai auranya yang tersendiri ketika era konfrantasinya dengan Mahathir sewaktu beliau meninggalkan UMNO buat seketika.

Ahli Parlimen Gua Musang ketika itu yang memimpin parti Semangat 46 (S46) hampir menumbangkan BN yang dipimpin Mahathir ketika itu.

Pembinaan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Bank Bumiputera dan PETRONAS antara jasa besar beliau kepada pembangunan negara yang tidak boleh dinafikan.

Buku bertemu dengan ruas sekiranya Ku Li diangkat oleh ahli UMNO, selain diyakini mampu menyatupadukan kembali parti itu yang dibadai tsunami pada PRU14 lalu.

 

Oleh: LUKMAN HJ ABDULLAH/HASPAIZI MOHD ZAIN

 

2 Responses to "KU LI DIPUJUK PIMPIN UMNO"

  1. Raz   May 17, 2018 at 7:32 am

    Ku Li pemimpin berwibawa dan bersih dlm era menerajui Kem. Kewangan.

    Reply
  2. Aziz Ibrahim   May 17, 2018 at 1:51 pm

    Saya bersetuju cadangan tersebut dan Ku Li merupakan individu yang paling layak. beliau adalah lebih baik drpd kempimpinan gambungan parti-parti yang memerintah sekarang. harap ia menjadi kenyataan dan mengembalikan maruah UMNO yang tercalar.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.