NURUL IZZAH BANTAH CARA GELEDAH RUMAH NAJIB

 

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, beliau tidak bersetuju dengan cara Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyerbu serta menggeledah kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak bermula malam tadi.

Dalam laman Twitternya, Nurul Izzah menekankan, sebagai seorang mangsa yang pernah mengalami serbuan polis pada waktu dinihari, beliau sememangnya tidak setuju dengan cara PDRM menyerbu masuk mana-mana rumah sekali pun pada waktu yang tidak bersesuaian.

“Dakwa, siasat dengan bijak. Prinsip keadilan & berhikmah sentiasa terpakai @PDRMsia,” katanya.

Beliau membuat ulasan tersebut dalam retweet kepada laporan berita Sinar Online yang bertajuk Polis Sahkan Geledah Rumah Najib.

Sepasukan anggota polis menyerbu kediaman Najib di Taman Duta malam tadi dalam usaha merampas dokumen berkaitan 1MDB. Sehingga kini pihak polis lagi berada di dalam kediaman tersebut.

Setakat ini barang yang telah dibawa keluar berupa beg tangan, pakaian dan hadiah.

Turut bersetuju dengan kenyataan Nurul Izzah adalah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.

Beliau berkata, walaupun ada keperluan untuk menyiasat tetapi tidak perlu memalukan atau melangkaui hak seseorang.

“Selesai siasatan, dakwa. Tidak ada sebab untuk menyiasat sehingga pukul 4 pagi. Saya pernah dibawa pergi pada pukul 2.30 pagi.” katanya di laman Twitternya.

 

Sumber MalaysiaGazette

2 Responses to "NURUL IZZAH BANTAH CARA GELEDAH RUMAH NAJIB"

  1. Rax   May 17, 2018 at 7:00 pm

    Bila dah hilang bisa, mcm2.org buat.. Moga Allah beri kekuatan kpd DS Najib

    Reply
  2. musa jamaludin   May 18, 2018 at 7:15 am

    DSN tak lakukan begitu kepada Tun M walaupun Tun M ada asas untuk ditahan dalam pentadbirannya selama 22 tahun. Saya sokong YB Nurul Izzah.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.