ROS LULUS PENDAFTARAN PH, PPBM

 

Pendaftar Pertubuhan (ROS) meluluskan pendaftaran Pakatan Harapan (PH), selepas badan itu membatalkan notis pembubaran sementara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), berkuat kuasa semalam.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim, berkata keputusan membatalkan notis mengikut Seksyen 14(5) Akta Pertubuhan 1966 bertarikh 5 April itu dibuat selepas ROS menerima dan mempertimbangkan maklumat yang diminta daripada PPBM, sebelum ini.

“Di bawah Seksyen 14(6), ROS boleh membatalkan notis di bawah Seksyen 14(5) apabila maklumat yang diminta itu diberikan.

“Keputusan dicapai selepas pertimbangan ke atas maklumat yang dikemukakan pihak PPBM yang diterima ROS,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Alwi berkata, dengan penyelesaian isu itu, permohonan pendaftaran PH juga diberikan kelulusan selaras dengan Seksyen 7, akta yang sama, berkuat kuasa Rabu.

“Justeru, PPBM dan PH boleh menjalankan aktivitinya selaras dengan objektif dan perlembagaan berdaftarnya serta menjalankan setiap urusan mengikut Akta 335,” katanya.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.