SIFAR GST BERMULA 1 JUN

 

Kementerian Kewangan mengumumkan kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dikurangkan daripada enam peratus kepada sifar peratus.

Kadar tersebut akan mula berkuatkuasa pada 1 Jun dan terpakai di seluruh negara kepada semua bekalan barangan dan perkhidmatan yang dikenakan GST sebelum ini.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan pada Rabu itu lagi, semua peniaga perlu mematuhi penetapan kadar sifar ini dengan turut memastikan harga barang dan perkhidmatan yang ditetapkan masih mematuhi Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

Pengumuman itu dibuat selepas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memaklumkan bahawa beliau telah mengarahkan kerajaan memberhentikan kutipan GST.

Pemansuhan cukai GST yang diperkenalkan oleh kerajaan lama sejak 1 April 2015 itu merupakan sebahagian daripada manifesto kerajaan baru Pakatan Harapan (PH) yang berjanji akan melaksanakannya dalam tempoh 100 hari.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.