NAJIB SIHAT DAN TENANG

Gambar Utusan Online

 

Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan sihat dan tenang walaupun kediamannya di Jalan Langgak Duta di sini tidak putus didatangi pihak polis sejak kelmarin.

Pengerusi Pergerakan Selangor, Nazilah Idris berkata, dalam pertemuan selama 20 minit tersebut, bekas Perdana Menteri itu dilihat dalam keadaan baik dan tabah menghadapi dugaan.

“Alhamdulillah, beliau tabah dan kuat menghadapi dugaan walaupun tidak putus disoal siasat pihak polis.

“Bagaimanapun, mengapa bekas pemimpin yang banyak berjasa kepada negara dilayan sebegini seolah-olah seperti penjenayah besar? Jadi saya merayu pada kerajaan sekarang untuk berlaku adil,” katanya kepada pemberita di Jalan Langgak Duta di sini pada Jumaat.

Nazilah hadir di kediaman Najib kira-kira pukul 11.40 pagi dan kelihatan meninggalkan rumah kelurga bekas Presiden UMNO itu selepas 20 minit kemudian.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.