SEKATAN BERPANDUKAN UNDANG-UNDANG – SKMM

 

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menegaskan penyekatan mana-mana laman sesawang adalah berpandukan kepada undang-undang negara yang telah ditetapkan.

Bagi menjaga ketenteraman awam, kandungan di laman sosial yang bersifat lucah dan mempunyai unsur mengancam serta jelik yang mendapat aduan orang ramai akan diteliti oleh pihak SKMM sebelum disekat.

“Sekatan yang dibuat akan diteliti semula dan jika kriteria untuk menyekat tidak lagi terpakai sejajar dengan kesan dan impak semasa, sekatan tersebut akan ditarik balik,” jelas kenyataan dari pihak SKMM pada Jumaat.

SKMM juga melihat tiada lagi keperluan untuk menyekat Sarawak Report dan Medium memandangkan kes 1MDB telah menjadi isu umum dikalangan masyarakat.

Begitu juga laman sesawang live.undi.info yang didakwa mengeluarkan maklumat kurang tepat semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ditarik semula penyekatannya ekoran kandungan sekatan yang digunakanpakai sudah tidak relevan dalam situasi semasa.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.