KHAIRUL AZWAN TANDING KETUA PEMUDA UMNO

 

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun mengumumkan akan bertanding jawatan ketua pergerakan itu pada pemilihan parti yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Beliau membuat keputusan itu selepas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin membuat keputusan untuk tidak mempertahankan jawatannya selaku ketua sayap parti itu.

“Saya yakin dengan peluang yang ada selaku Senator dan pengalaman sebagai Naib Ketua Pemuda dan sokongan akar umbi seluruh negara, kita akan berjaya membawa agenda pembaharuan (kepada UMNO),” katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.