TENGKU AMIR BERKENAN TERIMA JAWATAN PRESIDEN FAS

 

Duli Yang Teramat Mulia, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan menerima tawaran untuk menyandang jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).

Dalam kenyataan dikeluarkan Setiausaha Sulit Kanan kepada DYMM Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani menyatakan baginda bertitah, FAS harus melakukan anjakan paradigma dan perubahan yang menyeluruh dalam mengembalikan kegemilangan arena bola sepak Selangor.

“Baginda menyeru rakyat untuk bersama-sama menyokong penuh pembaharuan yang akan dilakukan oleh baginda apabila menerajui FAS nanti.

“Baginda yakin pasukan kesayangan rakyat Selangor ini akan dapat mencapai kegemilangan yang lebih cemerlang pada masa akan datang,” katanya.

Titah baginda, sekarang bukanlah masa untuk mengadu domba dan mencari kesalahan lampau.

“Baginda sentiasa menyokong penuh pembangunan bola sepak terutamanya di peringkat akar umbi dan fokus harus diberikan untuk memastikan FAS serta pasukan bola sepak Selangor terus mara ke hadapan,” katanya.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.