PALESTIN: DR M DIHARAP MAMPU HENTIKAN PENINDASAN

 

Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) yakin pengaruh Tun Dr Mahathir Mohamad mampu membawa perubahan kepada perjuangan umat Islam untuk membebaskan Al-Quds dan Masjid Al-Aqsa dari cengkaman rejim zionis.

Setiausaha Agung SHURA, Mohd Azmi Abdul Hamid, pihaknya dijangka bertemu Perdana Menteri itu pada Selasa ini, sekaligus memberi harapan baharu kepada umat Islam.

Katanya, selain membawa isu melibatkan Al-Quds dan Masjid Al-Aqsa, pihaknya akan turut membawa isu nasib serta masa depan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Kami yakin Perdana Menteri mempunyai pengaruh besar bukan sahaja melibatkan isu dunia, tetapi mengenai hal ehwal Islam di negara ini.

“Dalam memorandum yang akan diserahkan kepada Perdana Menteri, kami juga mahu sampaikan supaya kerajaan tetap mengekalkan dasar mempertahankan rakyat Palestin,” katanya pada sidang media, di sini, pada Sabtu.

Turut hadir, Pengerusi SHURA, Abdul Ghani Samsuddin.

Mohd Azmi berkata, SHURA turut mencadangkan penubuhan jawatankuasa khas di peringkat Parlimen bagi membincangkan isu Palestin.

“SHURA akan usulkan perkara ini kepada kerajaan atas cadangan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Kami mahu isu yang melanda Palestin ini sentiasa dibahas, diketengahkan dan masyarakat luar dapat tahu keganasan Israel terhadap warga Palestin,” katanya.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.