MAHATHIR LEPASI 30 HARI TUGAS PM – SALAHUDDIN

Image result for Majlis Pelancaran Jualan Jimat Belanja Aidilfitri @ Pasar Tani di Pasar Tani Stadium Shah Alam pada Ahad

 

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad disifatkan berjaya memimpin negara ini dengan baik walaupun telah berumur 92 tahun.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub berkata, Dr Mahathir telah melakukan beberapa langkah berani dalam tempoh sebulan pentadbirannya bagu mengembalikan negara di landasan yang betul.

“Penilaian saya dibuat atas kapasiti Tun Mahathir yang berusia lebih 92 tahun. Ia turut diikuti beberapa keputusan penting yang dapat dicapai dan janji yang termaktub dalam manifesto dalam tempoh 100 hari.

“Saya yakin menerusi kabinet baharu yang dipimpin oleh Perdana Menteri, dengan sikap jujur dan integriti bersama barisan menteri membolehkan kita pergi jauh,” katanya ditemui selepas Majlis Pelancaran Jualan Jimat Belanja Aidilfitri @ Pasar Tani di Pasar Tani Stadium Shah Alam pada Ahad.

Salahuddin berkata, menteri-menteri yang dilantik akan cuba melakukan penjimatan perbelanjaan, termasuk tidak perlu bermewah dengan menukar perabot dan karpet.

“Saya sendiri dan menteri-menteri lain, kita langsung tidak tukar perabot dan karpet. Ada pegawai memberitahu mahu mengalih posisi perabot namun kita tidak mempunyai masa.

“Menteri-menteri baharu perlu bermula dengan satu sikap yang kita rasa penting untuk meletakkan sistem nilai masyarakat supaya kita benar-benar menepati matlamat Pakatan Harapan.

“Begitu juga kalau ada hadiah mahal dengan kos tinggi, kita tidak perlu ambil, kita kena berhentikan budaya ini.┬áj

“Namun andai kata masa masuk kampung, ada petani nak bagi nanas dan limau walaupun sebiji ketika kita masuk kampung melalui program tertentu, saya rasa kita terima,” katanya.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.