GERAKAN PERLU SEDAR DIRI

 

Pemuda GERAKAN perlu cermin diri sendiri sebelum mengeluarkan kenyataan untuk menyingkirkan UMNO dari Barisan Nasional (BN).

Sebelum bertindak menyerang UMNO, GERAKAN perlu sedar selama ini mereka menerima ihsan UMNO yang memberikan kerusi selamat untuk parti itu bertanding.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah, berkata kenyataan tersebut langsung tidak menggunakan akal serta emosi yang kurang bijak.

“Beliau di dalam “denial sindrom” atau bercakap tidak menggunakan akal tetapi emosi dalam mengeluarkan kenyataan yang kurang bijak itu. Sebelum nak mencadang atau nak keluarkan kenyataan beliau harus mengkaji dan menilai sendiri kekuatan parti Gerakan pada PRU-14 yang lalu dimana parti beliau hanya mendapat satu kerusi sahaja.

“Untuk maklumat UMNO berjaya mempertahankan 55kerusi Parlimen sekali gus pemegang kerusi terbanyak sebuah parti politik dalam Parlimen.

“Pada Timbalan Ketua Pemuda Gerakan, sebelum nak buat kenyataan cermin dahulu kedudukan sokongan rakyat pada parti anda dahulu sebelum nak buat cadangan yang nampak kurang bijak,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Ketua Pemuda Gerakan, Andy Yong Kim  berhubung isu untuk menyingkirkan UMNO dalam  BN.

Tambahnya lagi beliau sendiri sedia untuk bertemu dengan Yong Kim bagi menyelesaikan isu yang berbangkit ini sekaligus mencari titik penyatuan, menilai dan memahami apa erti sebenar setiakawan BN.

“Bagi UMNO , parti ini masih berpegang pada konsep setiakawan dalam parti komponen. Walaupun parti daripada Sarawak mengambil keputusan untuk bekerjasama dengan kerajaan pusat di bawah Pakatan Harapan (PH), sebagai ‘team player’ BN, kita ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan dan kerjasama yang pernah dijalinkan semasa bersama BN.

“Kami yakin suatu hari nanti kita akan bersama kembali, kami tahu keputusan dibuat oleh Kerajaan Sarawak atas kepentingan rakyat Sarawak dan BN menghormati keputusan yang dibuat demi kepentingan rakyat,” ujarnya lagi.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.