AHMAD RAZIF TERIMA KEKALAHAN DENGAN HATI TERBUKA

 

Bekas Ketua Bahagian UMNO Kuala Nerus, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman menerima kekalahan kepada naib ketua bahagiannya, Apli Yusoff dengan keputusan yang terbuka dan profesional sambil menyifatkan sebagai adat pertandingan.

Selain itu pemimpin berjiwa besar yang juga mantan Menteri Besar Terengganu itu turut mengakui amalan demokrasi dalam kalangan ahli dalam parti UMNO masih tebal.

“UMNO Terengganu khususnya bersifat terbuka dan mengalu-alukan semua ahli untuk bertanding dalam semua jawatan.

“Malah kita menghormati pendirian ahli UMNO yang ingin mengekalkan jawatan, ini bukti demokrasi masih menebal dalam UMNO.

“Mengenai kekalahan ini, saya terima keputusan dengan berlapang dada dan sudah menjadi adat pertandingan ada yang menang dan ada yang kalah.

“Keutamaan selepas ini perlu ada penyatuan dan perlu bangkit semula untuk membina kekuatan,” kata Ahmad Razif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir itu di Kuala Nerus, Sabtu.

Dalam pemilihan ketua bahagian itu, Apli, 48 yang pernah memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO Kuala Nerus melakukan kejutan apabila menang dengan majoriti 41 undi selepas memperoleh 465 undi manakala Ahmad Razif mendapat 424 undi.

Bagi jawatan timbalan, kejutan juga berlaku apabila penyandangnya, Datuk Basir Ismail tewas kepada Mohd Shapian Ali yang membuat penampilan kembali dengan majoriti 274 undi selepas mendapat 302 undi manakala Shapian 576 undi.

Jawatan naib ketua pula dimenangi Datuk Raja Arif Raja Ali yang menewaskan dua pencabarnya Khairuddin Abd Majid dan Anuwar Mohd.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.