ZAHID, MOHAMAD TERAJUI UMNO

 

Cubaan kali kedua Tengku Razaleigh Hamzah untuk memenangi jawatan Presiden UMNO gagal apabila Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sah dinobatkan oleh perwakilan sebagai pemimpin utama baharu parti itu.

Ahmad Zahid sehingga kini memperoleh 93 undi setakat jam 9.23 malam , sekali gus menewaskan empat pesaingnya termasuk bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau yang memperoleh 51 undi, manakala veteran UMNO selaku Ahli Parlimen Gua Musang hanya mendapat 23 undi.

Dua lagi pencabar kerusi berkenaan yang dilabel sebagai calon tempelan iaitu ahli UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Mohamed Iqbal Maricair dan ahli UMNO Bahagian Iskandar Puteri, Mohd Yusof Musa@Jamaluddin sehingga kini masih belum menerima sebarang undi.

Sementara itu, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan pula menang jawatan Timbalan Presiden UMNO menewaskan Tan Sri Annuar Musa.

Keputusan rasmi pemilihan Majlis Tertinggi (MT) UMNO dijangka akan diketahui lewat tengah malam nanti.

 

Oleh Haspaizi Mohd Zain

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.