INILAH PROSES DEMOKRASI YANG DITUNTUT-ZAHID

 

Pemilihan UMNO secara terbuka kali ini membuktikan demokrasi sedang berkembang di dalam parti, kata Presiden UMNO yang baharu, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau turut berkata pemilihan kali ini membuktikan ahli parti sedang bergerak bagi merakyatkan UMNO.

“Inilah proses demokrasi yang dituntut oleh semua ahli, dan kita berjaya mengharunginya.

“Ini bukan kemenangan individu tetapi kemenangan kita semua, kemenangan UMNO dan ahli parti,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Zahid yang juga merupakan Ahli Parlimen Bagan Datuk turut berkata beliau mempelawa calon lain yang tewas untuk turut serta membantu memulihkan parti tersebut.

“Tidak ada yang kalah dalam proses ini. YB Tengku Razaleigh Hamzah dan YB Khairy Jamaluddin adalah pemimpin yang diiktiraf sumbangan mereka, dan tetap diperlukan di dalam meniupkan semula roh baharu Umno.

“Pelawaan saya terus terbuka untuk mereka bersama-sama kepimpinan baharu bagi menterjemahkan pembaharuan UMNO,” katanya.

 

Oleh : Syakirin Daud

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.