KHAIRY TERIMA KEKALAHAN

 

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin akur dengan kekalahannya dalam merebut jawatan Presiden UMNO.

Melalui kenyataan di Twitter, Khairy turut mengucapkan tahniah kepada presiden yang baru, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Tengku Razaleigh yang menyertai sebagai negarawan.

“Terima kasih kepada seluruh perwakilan UMNO kerana berjaya meraikan demokrasi dalam parti.

“Saya terima keputusan ini dengan hati yang terbuka. InsyaAllah barisan kepimpinan Umno yang baharu boleh kembalikan keyakinan rakyat kepada parti kita,” katanya pada Sabtu.

Khairy menambah dia akan terus berkhidmat sebagai anggota parlimen Rembau dan timbalan ketua bahagian bagi mengukuhkan parti dan memenangi hati rakyat.

Bekas Ketua Pemuda UMNO itu juga sempat berseloroh dengan menghentikan ciapan tentang UMNO untuk memberi laluan menyaksikan pasukan Argentina menjaringkan gol.

“Lakukanlah perubahan yang total. Buktikan UMNO mampu berubah ke arah yang lebih baik.

“Sekejap Argentina baru score.

“Saya akan terus menjalankan tugas saya selaku Ahli Parlimen dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau untuk mengukuhkan parti dan mendekati UMNO dengan hati Rakyat,” katanya.

 

Oleh : Syakirin Daud

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.