PULIHKAN ‘KAPAL’ UNTUK TERUS BELAYAR – MOHAMAD

 

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan akan bersama-sama saf kepemimpinan parti itu untuk melakukan perubahan dan pembaharuan bagi memastikan ‘bahtera’ parti itu dapat meneruskan ‘pelayaran’.

Beliau berkata, semua pihak perlu memainkan peranan dalam usaha untuk memulihkan kembali parti untuk meraih kembali sokongan rakyat.

“Semua kena main peranan untuk pulihkan parti. Tidak timbul presiden seorang kena mainkan tanggungjawab itu. Perkara pertama yang akan dilakukan adalah satu padukan UMNO, naikkan semangat bagi memastikan tidak berlaku perpecahan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti itu, di Kuala Lumpur, pada Ahad.

Ditanya mengenai fokus dan perhatian beliau bagi menguruskan pentadbiran UMNO, Mohamad berkata: “Tunggulah saya masuk pejabat dulu.

Katanya, setiap orang mempunyai peranan masing-masing bagi memulihkan kembali parti itu.

“Sama-sama pastikan kapal yang timbul dan terus belayar, apa yang rosak kita perbaiki,” katanya.

Mohamad menang merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO dengan menewaskan pesaingnya Tan Sri Annuar Musa.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.