JAMAL DITANGKAP

 

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos berjaya dikesan dan ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan penahanan yang dilakukan oleh Polis Negara Republik Indonesia (POLRI) itu.

“Saya dimaklumkan pada jqm 6.15 tadi(waktu Malaysia), pihak Polis Negara Republik Indonesia (POLRI) telah berjaya menangkap Datuk Seri Jamal Yunos.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) dhubungi untuk menyelaras urusan membawa beliau (Jamal) pulang ke Malaysia,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Muhyiddin turut mengucapkan terima kasih kepada pemerintah terutama POLRI.

Jamal sebelum ini menghilangkan diri daripada tahanan PDRM dan kemudiannya kerap melakukan rakaman di suatu lokasi yang dirahsiakan.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.