PRK DUN SUNGAI KANDIS DALAM TEMPOH 60 HARI

 

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis perlu diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh kekosongan.

Mengikut amalan biasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas untuk menetapkan tarikh PRK selepas menerima notis pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Selangor berhubung kekosongan kerusi itu.

Mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri, Perlembagaan Negeri dan Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh kekosongan.

Kerusi DUN Sungai Kandis kosong selepas penyandangnya Mat Shuhaimi Shafie meninggal dunia akibat kanser limfoma, pada usia 50 tahun.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 9 Mei lepas, Allahyarham menewaskan calon Barisan Nasional, PAS dan Parti Rakyat Malaysia di DUN berkenaan dengan majoriti 12,480.

Allahyarham merupakan penyandang kerusi DUN Sungai Kandis (sebelum ini Sri Muda) bagi tinggal penggal berturut-turut.

Pada majlis mengangkat sumpah jawatan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama DUN ke-14, 26 Jun lalu, Mat Shuhaimi tidak menghadirinya atas faktor kesihatan.

Allahyarham juga merupakan bekas Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.