SPRM TAHAN NAJIB

 

 

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ditahan pihak berkuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang Selasa.

Najib ditahan oleh sepasukan anggota dan pegawai SPRM di kediamannya di Langgak Duta.

Beliau kemudiannya dibawa keluar meninggalkan kediaman berkenaan dengan kenderaan SPRM.

Sementara itu, Pasukan Petugas Khas 1MDB mengesahkan telah menahan bekas Presiden UMNO itu berhubung skandal SRC International Bhd kira-kira jam 2.30 petang.

Najib akan dituduh dimahkamah berhubung perkara itu jam 8.30 pagi Rabu di Mahkamah Kuala Lumpur.

Difahamkan buat masa ini Najib berada di lokap SPRM Putrajaya.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.