JAMAL DIBAWA BALIK HARI INI

 

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang melarikan diri ke Indonesia akan dihantar pulang ke Kuala Lumpur selepas urusan penyerahannya oleh Polis Republik Indonesia (POLRU) kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) selesai pada hari ini.

Peguamnya, Datuk Mohd Imran Tamrin berkata, perkara itu dimaklumkan rakan peguamnya di Jakarta, Adherie Zulfikri yang dilantik untuk mewakili Jamal di sana.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada Khamis.

Jamal didakwa atas pertuduhan melakukan mudarat awam dengan memecahkan botol arak menggunakan penukul besi di hadapan pintu pagar keluar Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam tahun lepas.

Beliau kemudiannya diburu pihak polis selepas melarikan diri daripada tahanan sejurus mendapatkan rawatan di Hospital Pakar Ampang Puteri.

Walaupun dikesan berada di Indonesia, beliau menafikan kedudukan tersebut dengan berkata usaha kerajaan Pakatan Harapan (PH) meminta kerjasama pihak berkuasa luar negara termasuk polis antarabangsa (Interpol) sebelum ini adalah tindakan sia-sia.

 

  • Wartawan/Videographer: Hazierra Lukman

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.