BEKU AKAUN: PH ZALIM, HIPOKRIT

 

Tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) membekukan akaun UMNO bukan saja boleh dianggap ‘zalim’,a malah tidak dan hipokrit.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata parti politik seharusnya dibenarkan bergerak bebas tanpa sebarang sekatan ataupun kekangan walaupun berbeza ideologi.

Beliau berkata, pembukuan itu jelas bertentangan dengan prinsip Malaysia Baharu yanh dicanang pemimpin PH.

“Jika kita ingin mewajahkan Malaysia baharu seperti yang dicanangkan, suasana demokrasi haruslah lebih terbuka tetapi pada masa sama menyekat kita, ini tidak ‘gentleman’ dan hipokrit.

“Ketika Barisan Nasional (BN) menjadi kerajaan yang dianggap zalim, kita tidak pernah menyekat mana-mana akaun parti politik malah ketika Parti Pribumi Bersatu Malaysia digantung oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS), kerajaan pada waktu itu tidak menyekat atau membekukan akaun parti ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Pergerakan Pemuda UMNO di Menara Dato Onn Kuala Lumpur, Isnin.

Turut hadir, Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan dan EXCO pergerakan itu.

Asyraf berkata, kerajaan seharusnya mengotakan janji mereka untuk menerapkan nilai politik demokrasi yang subur seiring ke arah Malaysia baharu.

Sementara itu, Asyraf berkata Pemuda UMNO menyokong sebarang usaha menggubal akta berkaitan pembiayaan politik.

Katanya, pengumuman Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berhubung perkara itu amat dialu-alukan.

“Saya rasa kita sudah lama mahu menggubal akta terbabit namun ketika itu mendapat tentangan daripada parti pembangkang yang hari ini sudah menjadi kerajaan.

“Bagi kami, ia harus bersifat terbuka dan telus kerana dalam konteks ini, ia akan memberi isyarat jelas kepada rakyat bahawa kita tiada apa yang ingin disorokkan daripada rakyat,” katanya.
 

oleh: Haspaizi Mohd Zain

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.