PECAH BOTOL ARAK : JAMAL MENGAKU BERSALAH

 

Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos mengaku bersalah atas pertuduhan memecahkan botol arak dihadapan pintu pagar keluar Pos (1) Bangunan SUK Darul Ehsan jam 10.15 pagi 5 Oktober 2017 lalu.

Pertuduhan itu dibacakan dihadapan majistret Puan Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin di Mahkamah Syeksyen Shah Alam pada Selasa pagi.

Pada 25 Mei lalu, Jamal,48, didakwa memecahkan sejumlah botol arak menggunakan penukul besi sehingga sehingga mendatangkan bencana, bahaya dan kegusaran awam.

Jamal sebelum ini yang didakwa melarikan diri berjaya dikesan dengan bantuan pihak berkuasa Indonesia yang membuat tangkapan Jakarta Selatan pada 3 Julai lalu.

 

Oleh : HAZIERRA LUKMAN

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.