TIADA DUN BUBAR DI MELAKA

 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri Melaka menasihati orang ramai untuk tidak mempercayai berita palsu yang mendakwa konon dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Melaka dibubarkan susulan petisyen dikemukakan pembangkang UMNO pada bulan lalu.

Pengarah SPR negeri, Mohd Haelmy Mohd Hanifah berkata sehingga kini petisyen pilihan raya yang difailkan UMNO Melaka ke atas Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi DUN Rembia danTelok Mas belum lagi disebut di mahkamah.

“Bila pula bubarnya? Itu bukan bubar (sebaliknya) pihak lawan (UMNO) failkan petisyen, jadi kena tunggu mahkamah bersidang dulu dan sudah pasti ia (keputusan) akan memakan tempoh yang panjang.

“Petisyen ini tidak membabitkan SPR, ia antara calon yang menang dan yang kalah saja,” katanya ketika dihubungi media pada Rabu.

Berita palsu mengenai pembubaran dua DUN tersebut tular melalui aplikasi WhatApps konon berikutan penyandang PH bermasalah serta tindakan daripada mahkamah.

ADUN Telok Mas, Noor Effandi Ahmad yang menang di kerusi DUN Telok Mas dengan majoriti 1,288 undi dikatakan hilang kelayakan sebagai ADUN kerana didakwa masih bekerja ketika menjadi calon.

Manakala ADUN Rembia, Muhammad Jailani Khamis yang memenangi kerusi DUN Rembia dengan majoriti 1,814 undi pula dikatakan berhadapan kes mahkamah kerana didakwa gagal mendaftarkan pernikahan beliau di luar negara.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.