GUBAL UNDANG-UNDANG DANA POLITIK KEPUTUSAN TEPAT

 

Keputusan kerajaan untuk menggubal akta pembiayaan politik yang menguntungkan penderma adalah langkah yang tepat dalam usaha memerangi amalan rasuah di negara ini.

Pengarah Institut Pemikiran Dr Mahathir (IPDM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berkata penggubalan akta tersebut kelak akan menutup peluang kepada pemberi dana untuk menguasai mana-mana parti politik terutama parti kerajaan demi meraih keuntungan sehingga memberi tekanan kepada kerajaan.

“Setiap parti politik memerlukan dana, tetapi yang menjadi kerisauan ialah siapa yang beri dana tersebut dan apakah implikasinya terhadap pemberian dana tersebut.

“Dengan adanya penggubalan undang-undang baharu ini sesiapa sahaja yang memberi dana kepada parti politik akan diketahui.

“Kalaulah pemberian itu ada elemen-elemen rasuah maka perkara ini harus dibanteras segera kerana kita tak nak pemberi dana menguasai mana-mana parti politik terutama sekali parti kerajaan,” katanya kepada media pada Khamis.

Menurut Ahmad Zaharuddin, pembiayaan politik juga menjadi platform untuk memerangkap sesebuah negara hingga terpaksa tunduk kepada arahan pemberi dana dalam kalangan kumpulan kongsi gelap atau dengan aktiviti penggubahan wang haram hingga sukar untuk tindakan diambil sekiranya mereka melanggar undang-undang.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.