APA AGENDA KHAIRY

 

Apa agenda Khairy Jamaluddin? Apakah beliau juga ‘lalang’ yang sedang menunggu masa untuk meninggalkan UMNO selepas tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

Bekas Ketua Pergerakan Pemuda itu dilihat menentang arus parti apabila membantah tindakan UMNO mempertikai pelantikan Peguam Negara dan Ketua Hakim Negara.

Khairy berkata, UMNO kini semakin ke arah perkauman selepas tewas pada PRU ke-14 dan baginya itu hanyalah jalan menuju ‘kehancuran’.

“Sejak selesai pemilihan UMNO, apa yang parti saya buat? Main sentimen kaum dan kutip tabung untuk bekas presiden (Datuk Seri Najib Razak)…Takkan itu saja ‘UMNO baharu’?

“Sudah kena pukulan maut semasa PRU ke-14 (tetapi) masih pekak terhadap suara rakyat.

“Jika modal untuk PRU ke-15 hanyalah momokkan orang Melayu dengan isu seperti pelantikan bukan Melayu sebagai peguam negara dan ketua hakim, lupakan saja impian menawan semula Putrajaya,” katanya di Twitternya, pada Khamis.

Beliau merujuk kepada bantahan UMNO terhadap pelantikan Tommy Thomas sebagai peguam negara pada bulan lalu dan Tan Sri Richard Malanjum sebagai ketua hakim negara semalam.

Dengan nada yang jelas kecewa, beliau berkata parti itu┬ákini perlu memilih sama ada mahu kekal dengan cara itu atau mengambil “jalan tengah”.

“Ke kanan (UMNO) mungkin menang sorak sementara, tetapi pasti lingkup 10-15 tahun lagi. Haluan tengah bukan mudah dan sukar difahami akar umbi, tetapi itulah jalan yang ada untuksurvive,” katanya yang kini tidak lagi memegang apa-apa jawatan pusat parti itu.

Sebaik kekalahan pada PRU lalu, Khairy berkata ada keperluan untuk melakukan pembaharuan terhadap UMNO termasuk membuka keahlian kepada bukan Melayu.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.