PRK SG KANDIS: MOHON PERMIT CERAMAH ATAS TALIAN- BAHARUDIN

 

Permohonan permit ceramah sepanjang tempoh 14 hari kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis buat julung kalinya boleh dibuat menerusi atas talian.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, permohonan permit itu boleh dibuat oleh calon atau ejen calon yang bertanding.

“PRK DUN Sungai Kandis melibatkan dua polis daerah. Permohonan permit dalam daerah Shah Alam boleh dibuat melalui emel kpdshahalam@rmp.gov.my.

“Bagi daerah Klang Selatan boleh dirujuk kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berkaitan.

“Kaedah baharu ini memudahkan calon yang bertanding kerana tidak perlu hadir ke balai polis memohon permit.

“Kaedah permohonan permit secara atas talian akan digunakan dalam semua pilihan raya,” katanya ketika ditemui di Pusat Penamaan Calon di Dewan Besar Tanjung, Seksyen 19 di Shah Alam pada Sabtu.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad, mengumumkan tiga calon yang akan bertanding pada PRK Sungai Kandis.

Tiga calon berkenaan ialah Datuk Lokman Noor Adam dari BN, calon bebas K Murthy dan Mohd Zawawi Ahmad Mughni dari PKR.

Manakala calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) yang hadir bagi proses penamaan calon bagaimanapun menarik diri daripada bertanding pada saat-saat akhir.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.