IBU LAMBAT JEMPUT, MURID 11 TAHUN KENA CABUL

 

Seorang murid perempuan berusia 11 tahun yang lambat dijemput ibunya di pintu pagar sekolah dicabul remaja lelaki.

Mangsa dipujuk suspek, 18 tahun, menaiki motosikal sebelum dibawa ke kebun getah, sekitar 500 meter dari sekolah di Bunut Susu di sini, lapor Sinar Harian.

Ketua polis daerah Pasir Mas berkata operasi memburu suspek giat dijalankan termasuk mengedar lakaran wajah lelaki itu.

ACP Abdullah Mohammad Piah turut mengesahkan lakaran yang tersebar melalui aplikasi WhatsApp sebagai sahih.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.