PH AKAN GUNA LOGO RASMI

 

Pakatan Harapan (PH) akan menggunakan logo rasmi gabungan parti pemerintah itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong dan PRK DUN Seri Setia.

Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar, berkata, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) telah pun meluluskan permohonan yang dibuat PH, sekaligus menggambarkan kesepakatan semua parti komponen terbabit.

“Logo PH bukan sahaja akan digunakan pada PRK DUN Balakong dan Seri Setia, tetapi semua pilihan raya selepas ini.

“Kita juga berharap penggunaan logo rasmi akan memberikan suntikan semangat kepada ahli serta penyokong PH,” katanya berucap pada program Ceramah Grand Finale PRK Sungai Kandis di Taman Sri Andalas pada malam Jumaat.

Dalam pada itu, Xavier yang juga MenteriĀ  Air, Tanah dan Sumber Asli berkata, adalah penting untuk semua rakyat memberi sokongan kepada PH untuk mentadbir negara ini.

Wartawan Watan Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.