SPSB FAIL PERMOHONAN BATAL PEMBELAAN SHAHRIR

Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB) hari ini telah memfailkan satu permohonan untuk membatalkan pembelaan yang telah difailkan bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Abdul Samad pada 18 Julai lalu.

Tindakan itu adalah susulan daripada penelitian Pernyataan Pembelaan yang telah difailkan oleh Shahrir pada 6 Julai lalu yang gagal sama memberikan butiran atau alasan-alasan berhubung kenyataan-kenyataan media dibuat terhadap SPSB.

Ekoran daripada permohonan SPSB, Shahrir kini ingin meminda Pernyataan Pembelaan yang telah difailkan supaya Pernyataan Pembelaanya tidak dibatalkan.

Timbalan Pendaftar, Catherine Nicholas telah menetapkan 1 Oktober ini bagi pengurusan kes permohonan-permohonan tersebut.

SPSB diwakili oleh Tetuan Reza Rahim & Rajivan manakala Tetuan Zul Rafique & Partners mewakili Shahrir.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.