KERAJAAN PH ‘TIPU’ PIHAK BERKUASA INDONESIA TANGKAP JAMAL?

Penahanan Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos oleh Polis Negara Republik Indonesia (POLRI) di Jakarta Selatan mencetuskan tanda tanya serta kekeliruan yang mungkin wujud ‘penipuan’ kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Ini kerana berdasarkan laporan media Indonesia, penangkapan Ketua Gerakan Baju Merah itu dikaitkan dengan skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Namun, pendakwaan yang dikenakan terhadap Jamal langsung tidak mengaitkan beliau dengan isu 1MDB.

Timbul persoalan di sini, apakah kerajaan PH pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sudah ‘menipu’ pemerintah kerajaan republik itu bagi memastikan musuh politiknya dapat diberkas dan dihukum di negara ini.

Menurut sumber yang memaklumkan kepada Watan Online, seolah-olah wujud usaha dari dalam negara untuk ‘menjerat’ Jamal dengan sengaja mengaitkan beliau dengan skandal 1MDB yang diketahui oleh dunia luar.

Perkara tersebut juga dilaporkan CNN Indonesia yang menyebut Jamal dikehendaki pihak berkuasa negara ini antara lain kerana terlibat dengan skandal 1MDB.

“KAPOLRI Jenderal Polis Tito Karnavian menyebut, Jamal juga diduga terlibat dengan skandal berkaitan 1MDB bersama mantan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak,” lapor media itu pada 3 Julai lalu.

Jamal menjadi buruan pihak polis selepas dia melarikan diri dari wad Hospital Pakar Ampang Puteri pada 25 Mei Lalu.

Beliau dikehendaki berkaitan sekurang-kurangnya enam kesalahan termasuk pertuduhan melakukan mudarat awam dengan memecahkan botol arak dengan penukul besi di hadapan pintu pagar keluar Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam tahun lepas.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.