NAJIB BANTAH PELANTIKAN EMPAT HAKIM MAHKAMAH PERSEKUTUAN

 

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini membantah perlantikan empat hakim dalam sesi permohonan kebenaran semakan ke Mahkamah Persekutuan berhubung saman salah guna jawatan awam terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Peguam Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata keempat-empat hakim tersebut dilantik atas nasihat Tun Dr. Mahathir pada Julai lalu.

Malah katanya, pelantikan itu berkemungkinan berlaku berat sebelah kepada Tun Dr Mahathir.

“Mereka dilantik atas nasihat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, keempat-empat hakim utama telah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Adalah tidak sesuai bagi mereka untuk mendengar kes semakan ini,” katanya kepada media di luar kamar Mahkamah Putrajaya, pada Isnin.

Justeru itu, Mohd Hafarizam memohon agar keempat-empat hakim terbabit menarik diri daripada mendengar semakan semula kes berkenaan.

Empat hakim yang dibantah adalah Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum; Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Ahmad Maarop; Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zaharah Ibrahim dan Hakim Besar Sabah Sarawak, Datuk Tan Sri David Wong Dak Wah.

Malah, peguam Tun Mahathir, Mohd Haniff Khatri Abdulla berkata, isu sama pernah dihadapi mereka pada mula-mula kes ini dibicarakan.

Ujarnya, ketika itu Ketua Hakim Negara, Tun Raus Sharif adalah Ketua Panel tiga hakim.

“Peguam Najib telah bangkitkan isu samada keempat-empat hakim tertinggi yang telah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong pada 11 Julai lalu di atas nasihat Perdana Menteri yang merupakan pemohon dalam semakan ini. Sepatutnya mereka hendaklah menarik diri sebagai hakim,” kata Haniff.

Dalam pada itu, kedua-dua peguam Najib dan Mahathir bersetuju untuk memohon agar semakan semula kes ini didengar selepas permohonan rayuan di Mahkamah Rayuan melihatkan kes sama antara Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua dan Najib.

“Mahkamah Persekutuan bersetuju untuk menangguhkan permohonan semakan kehakiman ini sementara menunggu keputusan merayu oleh Tony Pua terhadap Najib Razak berkenaan isu penjawat awam,” katanya.

Mahkamah Persekutuan pada Februari lalu, menolak permohonan Tun Dr Mahathir dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan bagi mendapatkan kebenaran merayu dalam kes samannya yang mendakwa Perdana Menteri, melakukan perbuatan salah laku dalam jawatan awam dan pentadbiran membabitkan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Panel tiga hakim yang diketuai oleh Tun Raus Sharif dalam keputusan sebulat suara bersetuju dan menerima keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi sebelum ini yang memutuskan bahawa Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak bukan penjawat awam.

Mahkamah memerintahkan Dr Mahathir dan Khairuddin membayar kos sebanyak RM20,000 kepada Najib.

 

Sumber MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.