EQUANIMITY TIBA DI PELABUHAN KLANG HARI INI

 

Kapal Equanimity yang dipercayai milik ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho atau Jho Low dijangka tiba di Terminal Boustead Cruise Center, Pelabuhan Klang tengah hari ini (Selasa) menurut sumber polis.

Kapal mewah itu yang dianggarkan bernilai RM1 bilion dipercayai sebahagian daripada aset yang dibeli menggunakan dana 1MDB. Pihak berkuasa antarabangsa masih memburu Jho Low yang dikatakan turut bersubahat dalam penyelewengan dana 1MDB.

Semalam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan terima kasih kepada Presiden Indonesia Joko Widodo dan kerajaan negara itu atas bantuan mereka dalam menyerahkan ‘Equanimity’ yang dirampas pihak berkuasa republik itu kepada Malaysia.

Kapal itu disita di Bali pada Februari atas permintaan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ)  namun pada April mahkamah Indonesia memutuskan pihak Indonesia tidak boleh bertindak sedemikian dan kapal itu perlu dikembalikan kepada pemiliknya. Bagaimanapun kerajaan Indonesia merampasnya sekali lagi pada Julai.

 

Sumber BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.