NAJIB DIPANGGIL SPRM LAGI

 

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak hadir ke ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya, pada Selasa.

Menurut laporan sebuah portal berita, sumber SPRM mengesahkan Najib akan tiba kira-kira jam 5 petang nanti.

Bagaimanapun, sumber itu tidak dapat mengesahkan sama ada SPRM memanggil Najib untuk siasatan berkaitan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Najib dipanggil agensi anti rasuah itu untuk membantu siasatan berkaitan SRC International sebanyak 2 kali, iaitu 22 dan 24 Mei lalu yang keseluruhannya mengambil masa lebih 11 jam.

Pada 4 Julai lalu, Najib mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan melakukan pecah amanah dan satu dakwaan menyalahgunakan jawatannya membabitkan RM42 juta dana SRC International.

Sementara itu, menurut laporan Utusan Malaysia Online Najib sudah keluar dari kediamannya dengan diiringi dua buah kenderaan.

Bagaimanapun tidak diketahui ke mana destinasinya sama ada ke SPRM ataupun lokasi lain.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.