RAYER ‘DESPERATE’ NAK JADI KARPAL SINGH – KHAIRY

 

Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin mengambil kesempatan menempelak Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer yang kerap mencelah bertujuan menganggu perbahasannya di Dewan Rakyat, hari ini dengan mendakwa wakil rakyat DAP itu terdesak mahu menjadi seperti mendiang Karpal Singh.

Semasa membahaskan Rang Undang-undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Pemansuhan) 2018  Khairy menegaskan bahawa GST adalah sistem yang lebih cekap daripada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Bagaimanapun Rayer yang sentiasa ‘menganggu’ apabila ahli-ahli parlimen BN berbahas, tiba-tiba bangun dengan bertanya soalan mengenai Datin Seri Rosmah Mansor dan kapal layar Equanimity.

“Kalau efisien, isteri YB Pekan (Datuk Seri Najib Razak) ada(kah) bayar GST untuk semua barang-barang yang dibawa masuk…. (bernilai) RM60 juta.”

Rayer dipercayai merujuk kepada barangan kemas yang dihantar oleh seorang tukang emas Lubnan kepada Rosmah untuk dipertimbangkan untuk dibeli.

Khairy kemudian terus membidas Rayer dan mendakwa wakil rakyat DAP itu cuba untuk meletakkan namanya setaraf dengan bekas pengerusi DAP, mendiang Karpal Singh, yang merupakan Ahli Parlimen Jelutong dari 1978 hingga 1999.

“Jelutong sahabat saya tetapi sejak jadi ahli parlimen, dia sangat desperate nak jadi seperti Karpal Singh, ahli Parlimen Jelutong dulu.

“My friend, I have the honour being in this Dewan with Karpal Singh and you are no where near,” katanya di Parlimen, pada Selasa.

Tambah Khairy perkara dibangkitkan itu mestilah didakwa di mahkamah terlebih dahulu bukannya Rayer boleh membuat andaian sendiri.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon kemudian campur tangan dan menggesa Khairy untuk meneruskan ucapannya.

Khairy menggunakan masa lebih 90 minit berhujah kenapa GST lebih baik daripada SST dan mendesak kerajaan memberi jaminan harga barangan tidak akan naik selepas 1 September ini.

Hujah dan mutu perbahasan beliau mendapat perhatian orang ramai yang mengikuti perbahasannya di dalam Dewan mahupun melalui suapan langsung televisyen di lobi Parlimen.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.