SRC INTERNATIONAL: NAJIB BAGI KETERANGAN SATU JAM

 

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak hari ini memberi keterangan berhubung siasatan kes SRC International Sdn Bhd (SRCI) selama sejam kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau meninggalkan bangunan Akademi Penceghan Rasuah Malaysia (MACA) pada jam 5:47 petang.

Kes tersebut disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2011 (AMLA).

Beliau dijangka didakwa dengan tiga lagi tuduhan membabitkan kesalahan pengubahan wang haram di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, esok.

Pada 22 Mei lalu, Najib buat pertama kali diarah ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya untuk memberi keterangan terhadap siasatan kes SRCI dan proses tersebut berlanjutan selama tiga hari.

Bekas Perdana Menteri itu yang dihadapkan ke Mahkamah Tinggi pada 3 Julai atas tiga pertuduhan pecah amanah sebanyak RM42 juta dan satu pertuduhan menyalahguna jawatan tidak mengaku bersalah.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.