KERJASAMA UMNO-PAS BELUM SAMPAI TAHAP EMPAT – ANNUAR

 

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, mengingatkan veteran DAP, Lim Kit Siang, untuk tidak membuat ulasan songsang berhubung kerjasama antara UMNO dan PAS.

Annuar dalam satu kenyataan, berkata kerjasama antara parti politik membabitkan empat tahap berbeza.

“Tahap satu, bersetuju untuk tidak berlawan tetapi terhad kepada Pilihan Raya Umum (PRU) / Pilihan Raya Kecil (PRK) tertentu. Beri laluan bertanding tapi tidak atau belum bersama.

“Tahap dua, bersetuju beri laluan dan memberi kerjasama satu dengan lain, tetapi kerjasama masih terhad kepada isu atau kes tertentu (Taawun),” katanya menerusi Facebooknya.

Annuar berkata, kerjasama tahap tiga adalah bersetuju bersama dalam satu gagasan, berkongsi jentera, pentas dan bekerjasama secara langsung, tetapi dengan lambang dan manifesto sendiri.

Katanya, tahap empat ialah bersetuju dalam satu muafakat antara parti berbeza dan berkongsi jentera, dan menggunakan satu logo dan satu manifesto.

“DAP, PKR, PAN, PPBM berada di tahap empat, namun UMNO dan PAS di (PRK) Sungai Kandis di tahap satu.

“Mungkin di (PRK) Seri Setia, kita cuba di tahap dua, …jadi Kit Siang tak perlu sibuk buat ulasan songsang.

“Kita belum sampai tahap empat. YB rileks je, …jangan lari,” katanya.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.