NAJIB HADAPI PERTUDUHAN BAHARU

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur Jalan Duta bagi menghadapi pertuduhan baharu pada Rabu pagi.

Beliau tiba tepat pukul 8.48 pagi dengan menaiki kereta Wellfire Putih dengan diiringi dua kereta SPRM berwarna kelabu di depan dan belakang Vellfire dengan dua motosikal peronda polis berkuasa tinggi.

Manakala barisan Peguambela beliau yang diketuai oleh Tan Sri Mohammad Shafee Abdullah pula hadir sekitar 9.05 pagi tadi.

Najib berdepan dengan pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan salah guna kuasa membabitkan dana berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd.

Tiga pertuduhan pengubahan wang haram itu dilakukan mengikut Seksyen 4(1) Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembia­yaan Kega­nasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

 

Wartawan Foto: Hazierra Lukman

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.