PRK BALAKONG : MCA BELUM PUTUSKAN GUNA LOGO SENDIRI

 

MCA belum memutuskan sama ada parti itu akan menggunakan logo sendiri atau Barisan Nasional (BN) pada ada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong.

Setiausaha MCA Selangor, Datuk Ng Chok Sin berkata, parti itu masih menjalankan kaji selidik serta mendapatkan pandangan berhubung perkara itu.

“MCA kena lihat semua sudut. Adakah guna logo sendiri akan memberi kebaikan kepada MCA. Jadi, kena teliti betul-betul.

“Dalam tempoh dua atau tiga hari ni kita akan menilai sebelum membuat keputusan,” katanya kepada Watan Online pada Rabu.

Sebelum ini, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, parti itu mungkin menggunakan logonya berbanding logo BN bagi PRK Balakong.

Berikutan itu Timbalan Presiden BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, keputusan sama ada MCA perlu menggunakan logo sendiri pada PRK DUN Balakong akan dibincangkan semua parti komponen BN.

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong di Selangor kosong berikutan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu, Ng Tien Chee meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

Secara tradisinya, ia merupakan kerusi MCA tetapi menjadi kubu kuat DAP sejak 2008.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Tien Chee mengekalkan kerusi DUN Balakong untuk penggal kedua selepas menewaskan calon BN dan PAS dengan majoriti 35,538 undi

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.