SHAFIE BIDAS PIHAK PENDAKWAAN TIDAK BERSEDIA

Foto Oleh Hazierra Lukman@Watan-Online

 

Pihak peguambela bagi kes Datuk Seri Najib Razak sekali lagi membidas pasuk pendakwaan yang gagal membuat persiapan rapi bagi untuk menubuh bekas Perdana Menteri di mahkamah.

Peguam Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib berkata ini jelas apabila dokumen baharu pertuduhan hanya disediakan dalam bentuk ‘CD-Rom’ dan tidak dicetak.

Malah katanya, pernyataan bertulis pertuduhan ke atas bekas Perdana Menteri itu hanya diserahkan pada hari ini.

“Mereka tidak beri dokumen yang fizikal dan hanya serah pernyataan bertulis pada hari ini.

“Nampak sangat pihak pendakwaan tidak bersedia dan tidak adil setakat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pihak media selepas kes pendakwaan tiga pertuduhan baharu ke atas Najib berakhir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini pada Rabu.

Pasukan pendakwaan diketuai Peguam Negara, Tommy Thomas dibantu oleh 11 Timbalan Pendakwa Raya.

Namun bagi kes pendakwaan tiga pertuduhan baharu hari ini, Tommy tidak kelihatan.

Pendakwaan hari ini diketuai Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria yang juga Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.