WAN AZIZAH MASIH TERAJUI PKR

 

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail masih lagi Presiden PKR dan masih lagi menerajui parti itu meskipun Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diumum menang tanpa bertanding bagi jawatan itu.

Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Ismail Yusop berkata, Anwar akan mula menjalankan tugasnya selepas Kongres PKR yang dijangka berlangsung 16 November ini.

“Wan Azizah akan teruskan menjalankan tugas sebagai presiden sehingga kongres yang akan berlangsung November depan. Masa itu barulah secara rasmi pemenang akan mengambil alih jawatan baharu,” katanya ketika sidang media di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya, pada Rabu.

Wan Azizah tidak mempertahankan jawatannya sebagai presiden demi memberi laluan kepada suaminya.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri memegang jawatan Presiden PKR sejak tahun 1999.

Anwar pada Ahad yang lalu secara tidak rasmi menang tanpa bertanding untuk jawatan Presiden PKR apabila tidak ada  pencabar bagi merebut kerusi itu.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.