AMBIL MASA UNTUK PERALIHAN KUASA- ANWAR

 

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak tergesa-gesa untuk mengantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri bagi mengemudi negara.

Ketua Umum PKR itu bagaimanapun berkata, peralihan kuasa perlu berlaku dalam tempoh terdekat.

Namun katanya, apa yang paling penting ketika ini adalah memberi sokongan terhadap kepemimpinan Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Justeru, bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak mahu dilihat sebagai pihak yang mahu menekan kerajaan yang baharu ditubuhkan.

“Kalau saya dipilih untuk masuk Parlimen, saya akan bertindak sebagai penyokong kerajaan.

“Peralihan kuasa perlu berlaku dalam tempoh terdekat (tetapi) melalui penyertaan (saya) dalam Parlimen.

“(Tetapi) Sekarang, kita bagi sokongan penuh kepada Dr Mahathir untuk mengemudi kerajaan tanpa sebarang tekanan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya pada Khamis.

Turut hadir, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, merangkap Timbalan Perdana Menteri.

Selain itu, Anwar juga bercadang untuk berjumpa dengan Mahathir bagi membincangkan syor untuk melakukan reformasi terhadap institusi Parlimen.

Katanya, langkah itu penting bagi memastikan kuasa Kabinet menteri tidak melebihi kuasa Parlimen.

“Beri peluang kepada saya untuk masuk mereformasikan Parlimen. Parlimen perlu diberi kesempatan secara demokrasi,” katanya.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.