“HARAP NAJIB TAK TERASA HATI”

 

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap Datuk Seri Najib Razak tidak berkecil hati dengan komen pemimpin UMNO terhadapnya yang dianggap sebagai ‘beban’ parti itu.

Presiden UMNO itu berkata, tiada tindakan akan diambil terhadap Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Tan Sri Annuar Musa kerana mengkritik bekas perdana menteri dan presiden parti itu.

Sebaliknya pendekatan yang akan diambil beliau adalah dengan mengadakan perbincangan atau musyawarah.

“Parti tidak akan akur untuk menuruti pendapat mana-mana pemimpin atau individu.

“Saya harap (Datuk Seri) Najib tidak terasa hati dengan pendapat yang sedemikian.

“Kami memahami tekanan yang beliau hadapi dan kami bersimpati,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen pada Khamis.

Semalam, Johari yang juga Ketua Bahagian UMNO Titiwangsa, mempersoalkan keputusan parti menurunkan Najib untuk berkempen di Sungai Kandis pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN kawasan itu yang baru berlangsung Sabtu lalu.

Dalam kenyataannya Johari berkata, UMNO mungkin perlu merehatkan Najib pada PRK akan datang memandangkan bekas perdana menteri itu berdepan perbicaraan kes salahguna kuasa dan pecah amanah berkaitan bekas anak syarikat 1MDB, SRC International.

Selepas Johari, Setiausaha Agung UMNO pula menyifatkan Najib sebagai “beban” yang tidak lagi boleh dipikul oleh parti keramat orang Melayu ini.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.