JANGAN ‘PIJAK’ BEKAS PEMIMPIN – ZAHID

 

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti itu supaya menghormati bekas pemimpin yang sudah tidak berkuasa dan tidak dicaci dengan sewenang-wenangnya.

Beliau berkata, meskipun terdapat perbezaan pendapat ia boleh disalurkan melalui kearah yang betul dalam suasana yang lebih harmoni.

“Bagi saya, janganlah ‘memijak kepala seseorang apabila tengkuk sudah berada di paras bawah pinggang’.

“Dalam keadaan itu kita harus mempunyai kaedah tasawuf biar pun kita tidak bersetuju dalam beberapa langkah yang dilakukan oleh seseorang,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen pada Rabu.

Ahmad Zahid berkata demikian sebagai respon terhadap pandangan terbuka bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani.

Johari dalam kenyataannya antara lain mempersoalkan kehadiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang berdepan dengan tindakan mahkamah turun berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis baru-baru ini.

Mengulas mengenai perkara itu, Ahmad Zahid berkata kehadiran Najib pada kempen PRK Sungai Kandis atas kehendak calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam.

“Saya telah lakukan semakan dan calon sendiri yang telah menyatakan kehadiran Najib.

“Tentunya calon mempunyai niat yang baik, apa pun pandangan daripada pihak yang berbeza kita harus berlapang dada dan berfikiran terbuka,” katanya.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.