ZAHID: SAYA TIDAK TAHU

 

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa beliau tidak dimaklumkan mengenai simpanan tunai berjumlah jutaan ringgit di pejabat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Presiden UMNO itu berkata beliau juga tidak mengetahui sama ada wang berkenaan adalah milik UMNO atau sebaliknya.

“Saya tidak tahu, saya tidak pernah dimaklumkan mengenai perkara itu,” katanya ketika ditemui pemberita di Lobi Parlimen, pada Khamis.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid yang juga Ketua Pembangkang, menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat dakwaan kecurian wang tunai berjumlah RM3.5 juta oleh 17 pegawai keselamatan di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

“Elok kita serahkan kepada SPRM dan polis untuk membuat siasatan.

“Tidak seharusnya jika menemui wang itu, mereka membuat keputusan memfaraidkan (mengagihkan) sesama sendiri, eloklah diserahkan kepada pihak berkuasa,” katanya.

Media semalam melaporkan 17 anggota keselamatan didakwa mengambil wang itu daripada pejabat Najib selepas mengetahui Barisan Nasional (BN) tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Wang terbabit dikatakan adalah sebahagian daripada dana pilihan raya UMNO.

Anggota keselamatan terbabit dipercayai sebahagian daripada pasukan bertugas pada malam PRU-14 lalu, untuk menyediakan kawalan keselamatan di jabatan berkenaan.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.