ASRI AJAK SITI KASIM DIALOG

 

Ruang untuk dialog sekali lagi terbuka kepada peguam kontroversi, Siti Kasim apabila Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin mengajak beliau berdialog tentang isu golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

Asri berkata Siti Kassim sekali lagi mengeluarkan kenyataan yang boleh mencetuskan kekecohan berkaitan LGBT.

Beliau turut berkata kenyataan Siti Kassim dilihat sebagai tidak matang dan bertentangan dengan adat ketimuran.

“Hari ini beliau bising lagi pasal LBGT seakan akan undi beliau dan golongan LGBT sahaja yang menyebabkan kerajaan hari ini memerintah.

“Sangat tidak matang cara bahasa dan gaya yang dipertontonkan. Apatah lagi jika mahu diukur dari nilai budaya timur dan Nusantara kita yang santun dan berbudi bahasa. Sangat janggal. Bimbang jika watak seperti itu dilihat oleh anak-anak kita yang masih mentah,” kata Mohd. Asri dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mohd. Asri berkata, dialog adalah sesuatu yang adil dilakukan dan selaras dengan semangat Malaysia baharu yang ingin menjadikan dialog matang sebagai pentas penyuburan pemikiran rakyat.

Menurutnya, jika tiada pihak yang mahu menganjurkan dialog tersebut, Perlis sudi menjemput Siti Kasim untuk dialog secara terbuka dan adil.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.