JANGAN LIBAT POLITIK DALAM PERUNDANGAN – JAMAL

 

Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos hadir ke Mahkamah Ampang bagi sebutan semula kes pecah masuk rumah judi mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan.

Jamal meminta supaya pihak pendakwaraya mengambil perhatian dan tidak melibatkan persefahaman politik dalam penyediaan dokumen yang lengkap sebelum meminta untuk dibicarakan di mahkamah.

Menurut peguamnya, Datuk Mohd Imran Tamrin, mahkamah telah menetapkan 29 September tarikh akhir untuk penyerahan dokumen secara lengkap.

Beliau turut ditemani isterinya, Datin Seri Eqien, segak berbaju melayu lengkap tersenyum berdepan dengan media yang menunggu sejak dari awal pagi.

 

  • Wartawan/Videographer : Hazierra Lukman

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.