PREJUDIS TERLALU AWAL TERHADAP NAJIB

 

Pegum, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendakwa wujud prejudis terlalu awal terhadap anak guamnya Datuk Seri Najib Razak oleh masyarakat sebelum perbicaraan dilaksanakan.

Alasan demikian dijadikan hujah oleh Muhammad Shafee di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mendapatkan prosiding permohonan perintah tegahan (gag order) untuk menghalang perbicaraan awam berkaitan pertuduhan terhadap bekas Perdana Menteri itu.

Beliau berhujah lebih kurang sejam di depan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali pada sebelah pagi Jumaat.

Shafee dalam masa yang sama memetik laporan berita yang disiarkan oleh Sarawak Report mengenai dakwaan penyalahgunaan kuasa Najib dan dakwaan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),  Datuk Seri Shukri Abdul.

Selain itu, beliau menyebut tentang kenyataan-kenyataan yang dilakukan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga didakwanya mempengaruhi minda orang awam.

“Bukan setakat  Sarawak Report, Tun M pun dengan kenyataan-kenyataan yang menyalahkan Najib mempengaruhi orang,” katanya di dalam kamar Mahkamah Jenayah Tinggi 3 di sini hari ini.

Muhammad Shafee berkata, rakyat menerusi media  sosial juga membincangkan isu Najib secara keterlaluan.

Mahkamah selepas itu berehat dan disambung pula pukul 2.30 petang dan giliran pihak pendakwa raya untuk mengutarakan hujah-hujahnya,

Terdahulu Najib hadir dua anaknya, Nor Ashman  dan Nooryana Najwa bagi mendengar keputusan permohonan gag order untuk mengekang perbicaraan awam terhadapnya.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.