PRK BALAKONG: MCA GUNA LOGO SENDIRI

 

MCA akan menggunakan logo parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong, kata Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Tiong Lai berkata MCA sudah mendapat kebenaran daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk bertanding atas logo parti.

Beliau turut berkata keputusan tersebut juga telah dipersetujui oleh Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat parti yang bermesyuarat hari ini.

“Kita sudah lama menghantar surat kepada SPR dan telah dipersetujui,” katanya dalam sidang akhbar di Wisma MCA lapor media pada Jumaat.

Tiong lai berkata keputusan itu akan dimaklumkan kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selain memberi jaminan MCA tidak akan meninggalkan BN.

Kerusi DUN Balakong kosong selepas ADUN kawasan itu, mendiang Ng Tien Chee meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya Julai lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Tien Chee berjaya mempertahankan kerusi DUN Balakong bagi penggal kedua selepas menewaskan calon BN dan PAS dengan majoriti 35,538 undi.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.