LGBT: PERIKSA KEMALUAN SEBELUM KE TANDAS – MUFTI PERLIS

 

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin meminta golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) memeriksa alat sulit mereka terlebih dahulu sebelum memasuki mana-mana tandas.

Mohd Asri berkata, kekeliruan golongan LGBT ketika ini dilihat semakin parah sehingga membawa kepada kekeliruan dalam memilih tandas untuk dimasuki mengikut jantina.

“Ramai betul yang bertanya saya soalan mengenai tandas mana LGBT patut masuk? Entah mengapa tiba-tiba soalan seperti ini pun boleh muncul?

“Saya ingin mencadangkan jika kekeliruan ini terjadi kepada mana-mana individu, disyorkan dia berjumpa pakar untuk memeriksa dirinya semasa dia membuang air kecil di saluran mana air itu keluar,” katanya menerusi satu kenyataan di laman Facebooknya.

Beliau berkata, seandainya air kecil yang keluar itu melalui alat sulit lelaki, golongan itu mestilah memasuki tandas lelaki.

“Jika (air kecil) keluar melalui alat sulit wanita, sila ke tandas wanita.

“Jika tidak keluar langsung, ataupun tidak keluar melalui alat sulit lelaki ataupun wanita, silalah ke hospital dan seandainya doktor kata anda cacat, bolehlah ke tandas orang kurang upaya.

“Jika tiada kemampuan menemui pakar, rasanya diri sendiri pun boleh memeriksa alat kemaluan sendiri,” katanya.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.