ANWAR JADI PM PILIHLAH RAFIZI- ABDULLAH SANI

 

“…Kalau tak mahu tengok Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri pilihlah Azmin Ali.

“Kerana apa saya berkata begitu…kerana dia didokong oleh Tun Daim dan Tun Mahathir yang sudah tentu tidak mengizinkan Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri,” kata ahli Parlimen Kapar.

Beliau menggesa ahli PKR memilih Rafizi Ramli sebagai Timbalan Presiden sekirnya mahu melihat Datuk Seri Anwar Ibarhim menjadi Perdana Menteri.

Tanpa berselindung Abdullah Sani, berkata penyandang Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dibayangi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin.

Beliau berkata, kenyataan Mahathir sebelum ini jelas mahu menyekat kemaraan Anwar yang juga bakal Presiden PKR sebagai Perdana Menteri kelapan.

“…Saya kata Azmin Ali bagus tapi Rafizi lagi bagus. Saudara, episodnya senang. Kalau hendak tengok Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri, Rafizlah timbalannya.

“Itu jelas dalam kenyataan mereka yang menyatakan perjanjian itu (tempoh perdana menteri) bukan perjanjian mutlak,” katanya dalam satu ceramah yang tular di media sosial.

Anwar secara tidak rasmi telah dipilih sebagai Presiden PKR apabila menang jawatan itu tanpa bertanding seteah dikosongkan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Rafizi pula dalam pemilihan PKR hujung bulan ini mencabar Azmin bagi jawatan Timbalan Presiden PKR.

Azmin dilihat sebagai bakal perdana menteri yang juga proksi kepada Mahathir.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.